Thursday 11 August 2011

CLICK-CLICK





Hari Pertama puasa anak -anakku

Amboi bukan main bersemangat lagi anak-anakku bila dikejutkan untuk bangun bersahur pada hari pertama , makanan yang disediakan pastinya lauk kegemaran mereka apalagi kalau bukan ayam masak kicap, pas tu untuk si hubby jeruk maman (mak bekalkan semasa balik ke kampung sehari sebelum kita mula berpuasa.

Esoknya seperti biasa aku pergi kerja, yang tinggal di rumah anak kecilku 2 orang, aleesya dan damia. dan yang no..2, kakaknya (yang sulung dah ke sekolah-sesi pagi).. Tanpa diduga anak yang no,2 boleh pula tidak berpuasa tapi hanya minum air kerena katanya dahaga dan pada jam itu baru sahaja pukul 9 pagi...hai...anak mama bersahur punya la semangat tapi pagi2 dah dahaga..camne tu..

Ini tak boleh jadi...aku pujuk akan memberi ganjaran duit raya RM1 sehari jika dapat berpuasa setiap hari...harap anak-anak ku berjaya dan insyaallah anak-anak mama kuat dan sihat (walaupun kuruss...hehehe)..

Dah waktu berbuka ni aku memang la sediakan juadah yang sedap, kataku sesiapa yang tak berpuasa hanya boleh makan telur goreng sahaja (nak bagi motivasi sikit konon..)..anak yang sulung tak habis-habis marahkan adiknya sebab tak mau puasa...dah lah dua2 kena marah dengan mama..sebab bergaduh di meja makan!

Akhirnya kami semua makan bersama dengan juadah berbuka hari pertama daging lada hitam , ayam kciap, sayur lodeh, ulam2 dan ikan bakar..alhamdulillah...sempurna satu hari berpuasa...


So, untuk anak-anak ku rajin puasa nanti Allah sayang...ok

BULAN RAMADHAN YANG MULIA

Alhamdullillah..sudah 11 hari kita umat islam menunaikan ibadah berpuasa. Mudahan segala amalan kita diberkati oleh Allah..Apa jua yang kita lakukan dalam mengerjakan amalan dan suruhan Nya hendaklah dalam kesabaran dan insyallah pasti semuanya dipermudahkan untuk kita..

Bercerita pasal puasa belum habis lagi, tetapi ada yang tak sabar-sabar nak raya...eermmm..cukupkan dulu puasa tu, nanti jenuh nak berganti. Nak shopping untuk hari raya rasanya boleh ditunda lagi, sebab nak merasa bagaimana shopping last minute ni. Kata orang harga murah..itu kena tengok nanti..apapun kepada sesiapa yang ingin membeli-belah pastikan anak-anak sentiasa dalam perhatian, jangan nanti asyik dok memilih barangan tapi anak-anak dah hilang...ooppssssssss...jangan terjadi kepada anda dan keluarga anda. Sambil bershopping sakan jeling2kan juga pada anak2. Lagi senang kalau tinggalkan anak kepada orang lain (jiran atau pengasuh) dan bolehlah mak bapak shopping nak sampai tengah malampun OK....

Selamat berpuasa...dan selamat bershopping raya.

Wednesday 10 August 2011

Ayam Kurma



Bahan-Bahan: -

Ayam 1/2 ekor
Rempah kurma 1/2 cawan (bancuh dengan 3/4 cawan air)
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2inci halia*
* tumbuk bahan bertanda hingga halus
4 cawan santan (dari sebiji kelapa)
2 labu bawang besar
cili hijau dan merah (belah 4 tak putus)
garam
asam keping
kelapa parut puith 1/2 cawan (mesin halus) -optional
4 biji kentang (belah 4)
2 biji tomato
rempah tumis 3 sekawan (kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga)


Cara menyediakannya:-

Bersihkan ayam, potong kecil 15 bahagian. perap dengan sedikit serbuk kunyit dan gram ketepikan. Panaskan periuk bersama minyak dan tumis bahan tumbuk tadi, masukkan bahan tumis 3 sekawan, kacau sampai wangi dan masukkan pes kurma, kecilkan api kacau sampai sebati dan rempah garing. Masukkan ayam dan gaul sebati (boleh tambah air sedikit takut rempah hangit)..masak hingga ayam kecut. Masukkan kentang biar sekejap. Tambah santan kedalam periuk. biar mendidih (masa ni boleh tambah kelapa kisar tadi (tujuannya untuk memekatkan kuah).

Masukkan bawang besar, tomato , cili yang dibelah tadi dan tambah garam.Biar mendidh sekali lagi hingga kuah agak pekat. Tutupkan api. Boleh dihidangkan. Masak kurma ni sesuai juga untuk makan bersama roti selain nasi.

Selamat mencuba!

Ayam masak hitam a.k.a negro

Salam pagi semua dan apa nak masak untuk hari ini ya. Kekadang jemu kan bila tiap-tiap nak masak ayam, ayam dan ayam sebab kalau tak ada menu berasaskan ayam alamatnya tak lengkap menu makan. So, mamanya kena juga ambil tahu masakan kegemaran si anak..

Jadi jika ayam masak kicap dah, ayam halia, ayam masak tomota, jom kita cuba ayam masak hitam a.k.a negro, ha..sebab apa negro..agaknya sebab ayam tu bersalut hitam pekat.

Add caption



Nilah antara bahannya:-

Ayam bahagian dada 2 keping (potong kecil bahagian isinya) @ drumnet

sebiji telur
1/2 camt serbuk lada hitam*)
1/2 camt serbuk lada putih*)tumbuk halus
1camt tepung jagung
garam

2 ulas putih (cincang halus)
sebiji bawang merah (tumbuk halus)
sebiji cili merah (tumbuk halus)
1/2 inci halia muda (hiris halus)
1/4 cawan kicap pekat
1camb kicap cair

Cara membuat:-

Satukan isi ayam , telur, lada hitam, lada putih dan tepung jagung dalam satu bekas. Perap sejam (biar meresap rasanya).

Panaskan minyak. Goreng ayam tadi sehingga masak angkat dan ketepikan. Keluarkan sedikit minyak (hasil gorengan ayam). tinggal dalam sesudu besar aje, tumis bawang putih yang dicincang, masukkan bawang meran dan cili yang ditumbuk halus. halia, goreng sampai wangi. Masukan kicap hitam, kicap cair. Masukkan ayam,  Gaul sebati.  Guna api kuat agar ayam tak lembik Angkat dan siap untuk dihidangkan....anak-anak tentu suka cubalah


AGAR-AGAR LAPIS SAGU

Bahan-Bahan:

Bahan A
agar-agar 10gm
air 2 cawan
susu cair 1 cawan
gula 1 cawan

Bahan B

agar-agar 5 gm
sagu 100 gm*
air 3 cawan*
gula 1 cawan
air 2 cawan
pewarna merah dan hijau

* didihkan air masak sagu hingga bwarna jernih dan toskan dlm penapis curahkan air (untuk buang kanji) ketepikan

Step 1
Masak agar-agar dengan 2 cawan air hingga larut. Masukkan gula dan susu. kacau hingga mendidih. tutup api.

Step 2
Masak agar bersama 2 cawan air hingga larut. Masukkan gula. Akhir sekali tambah sagu kacau sebati dan tutupkan api. Bahagikan 2 bahagian. satu bewarna merah dan satu lagi bewarna hijay.

Dalam satu bekas tuang adunan Bahan A tunggu permukaan keras (cakar dengan garfu permukaan) tuangkan Bahan B bewarna merah. Tunggu mengeras sedikit (cakar dengan garfu permukaan) tuang semula Bahan A. Ulangi proses ini hingga habis (kalau nak cantik buat 3 bahagian putih dan 2 bahagian bewarna setiap satu warna. Bila dah keras masukkan dalam peti sejuk sebelum dipotong.

Selamat mencuba.








Sunday 7 August 2011

Agar kastad berperisa

Bahan-Bahan:

10 gm agar (tali cap burung layang-layang/ cap rose)
600 ml air
300 ml susu cair *
1camb tepung kastad*
150gm gula pasir
1camt esen perisa keladi


* kacau  biar campur sebati

cara membuat:-

Rendam agar-agar hingga lebut. Toskan dan jerang atas api bersama air. biar mendidih kemudian masukkan gula pasir. Setelah gula hancur asingkan 1/4 agar-agar tadi dan bubuh perisa keladi kala ungu. Baki agar yang tinggal campurkan campuran susu dan tepung kastad kacau dengan api perlahan. sediakan acuan curahkan agar kastad dalam bekas, biar mengeras sikit dan curahkan pula agar perisa keladi tadi tunggu lapisan kering dan curahkan baki agar kastad..sejukkan dan simpan dalam peti sejuk sebelum dipotong..hias dengan buah laici atau fruit koktail..



nota: gambar akn disusuli kemudian...

Friday 5 August 2011

AYAM ICHIBAN (PEDAS)

Bahan-Bahan


AYAM ICHIBAN

Bahan-Bahannya :-)
4 keping bahagian dada ayam dengan kepak2nya sekali
1/3 cawan rempah kari
200 ml pati santan
1 inci halia*
4 ulas bawang putih*
1 ketul kiub ayam "MAGGI"*(*tumbuk halus)
1 camca besar serbuk cili
2 biji limau nipis, perah jusnya
1 camca teh garam

Cara membuatnya :-)

1. Ayam dibuang kulit dan lemak, cuci bersih, perap dengan garam dan jus lemon selama 15 minit, cuci kembali toskan dan kelar2. Ketepikan.
2. Satukan rempah kari, serbuk cili, bahan tumbuk, gula, jus limau nipis, santan dan garam. Kacau hingga menjadi pes. Gaul bersama ayam tadi dan perap sekurang2nya 3 jam.
3. Masukkan ayam tadi bersama2 bahan perap ke dalam kuali, masak dengan api perlahan sehingga bahan2 perap kering dan bersalut pada ayam. Angkat dan sejukkan.
4. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Biar minyak betul2 panas, masukkan ayam tadi dan goreng hingga senyap (tak de bunyi desiran lagi), angkat dan toskan.
5. Panaskan kembali minyak tadi dan goreng kembali ayam tadi hingga kuning keemasa, guna api sederhana untuk kali ini....(pada mat goreng macam biasa pun ok!!!) (MaDiHaA goreng macam biasa aje...)